About Me

My photo
Prejudice is a burden that confuses the past, threatens the future and renders the present inaccessible.

Followers

Wednesday, January 14, 2009

Politik sangat ke kite nih ???











PoLit!K ...


Satu bende yang paling aku geli dengow!

Mintak maaf ler kalau coretan aku ni bakal melukakan hati mana² pihak.Tapi, aku tengok dengan byk wujudnye byk parti² pembangkang dan juga parti² tapawe ni bikin hati aku semak. Mane taknyer.. bebaru ni aku lepak kat kedai kopi, dah lama aku tinggalkan tabiat melepak tu semenjak nak menikah ni...hehehe.

Ade la satu mamat nih.. dok sembang la ngan mamat A dan mamat B yang mana masing² semuanya mempunyai pemahaman yang berbeza² dam menyokong parti² yang berbeza². Nak jadi satu cerita..mamat C ni tergurau kasar.. mengatakan yang party -tut- tak boleh pakai..terbelit². Si Mamat A yang merupakan penyokong party -tut- dah amuk siap hentak² meja dan terus tumbuk muka mamat C.

Tak payah la aku citer detail sangat .. cuma apa yang aku nak tekankan kat sini.. hanya kerana parti politik nih...Melayu dah makin berpecah.. sampai bila kita semua nak macam ni? Sepatutnya kita makin bersatu.. aku teringat lagik kisah lidi .. korang ingat tak???

Bersatu kita teguh..bercerai kita roboh..Ingat tak???Sampai bila rakyat Malaysia ni tak mahu belajar dari sejarah ?

Lupe ke semua kenapa dulu Malaya dijajah? Kerana sifat pentingkan diri sendiri dan bersikap tali-barut ni..itu yang melumpuhkan rakyat.. Tak kan nak tunggu negara kene attact baru semua nak bersatu time tu? Kalau dah telinga sebelah rabik.. tangan sebelah kudung, kaki sebelah dah hancur kena bom baru nak bangun dan bersatu.. mase tu omputih pun leh tarbiah kat korang semua "TOO LATE"...

So korang semua beringat la k.. aku ari ni cm tak sedap hati je nak membebel mcm ni, tapi please la semua rakyat Malaysia..bukak la sikit mata... buku sejarah yang kita belajar mase form 1 - form 5 tu cukup² tebal aku rasa..tak kan satu pun tak masuk kepala otak korang ? Kita dulu di jajah sebab egois masing². No issue la pasal sapa menumpang kat tanah siapa.. Dulu ya..memang Tanah Melayu.. Tapi 31 Ogos 1957 dah ubah segalanya.. Sekarang Malaysia muhibbah. Jgn kerana kulit kita tak bersatu. Jgn kerana bangsa kita berperang sesama sendiri.
Kepada lahanat² yang dok bagi api pada kaum India,Melayu dan Cina tu..cukup² la jadi barua dlm negara sendiri.
Esok² kalau pihak yang berkepentingan ambik kesempatan..masa tu, org India ka..org Cina ka,,org melayu ka..tak dan nak lari mana punya kalau bom merata² dok jatuh kat bumi Malaysia ni. Insaf² lah korang semua k.

Monday, January 12, 2009

Kisah Pengorbanan seorang IBU

"Nurse, boleh saya tengok bayi saya?" ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat. Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, ciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada di pangkuan.Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga. Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.
Masa terus berlalu...Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia ejek rakan-rakan. "Mereka kata saya cacat," katanya kepada si ibu.Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anaktetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor. "Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma," kata pakar bedah.Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yangsanggup berkorban.
Setahun berlalu..."Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan," kata si ayah. Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagaimanusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang.Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran.Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik."Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya," kata si anak berkali-kali."Tak mungkin," balas si ayah. "Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba.""Bila?" tanya si anak."Akan tiba masanya anakku," balas si ayah sambil ibunyamengangguk-angguk. Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya.
Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku.Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada."Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya," si ayah berbisik ke telinga anaknya. "Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya... tanyalah pada sesiapa pun kenalannya."
P/s :
Kecantikan seseorang bukan terletak pada fizikal tetapi di hati. Cinta sejati bukan pada apa yang dilakukan dan dihebah-hebahkan tetapi pengorbanan tanpa diketahui.Selagi ibu kita ada didunia ini, ciumlah dia, cium tangannya, sentiasa minta ampun darinya, berikan senyuman kepadanya, bukannya dengan bermasam muka, kasih ibu tiada tandingannya, ingatlah
SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU,penyesalan di kemudian hari tidak berguna, selagi hayatnya ada, curahkanlah sepenuh kasih sayang kepadanya, 'love u mom'.

Sunday, January 11, 2009

Kuih tradisional kedah yang makin terpinggir
















Dah lama aku tak carik kueh2 nih...
dulu masa kecik2 aku suka makan..sebab manis..skang ni nak makan pun pikiag 16x sebab takut penyakit. Kuih2 tradisional ni.. nak buat sendiri..memang keras ler tangan aku ni, kalau aku nak cari, aku pi Pekan Rabu Alor Star ja..belambak bleh cari tang tu.. segala maknikam dok ada !
Kepada yang masih buat dan rajin belajaq buat kuih tradisional ni, aku nak bagi penghargaan la..sebab masih menyambung warisan.

Biar mati anak, jangan mati adat !???

Kate orang, takde yang lame...takde la yang baru.. betul tak? Tapi jgn ler sampai biar mati anak, jgn mati adat pulok.. ingat sennag ke nak buat anak? kakakka..





Hurm.. Saje la nak kongsi dengan korang sume...
Banyak kite ni yang lupekan tradisi kita sendiri kan..ade yang Melayu dah lupe adat budaye kite sendiri .....Kawen pun dah nak jadi cm omputih.. berkonsepkan garden la ..bunga rose la.. Memang nak kawen sekali je seumo hidup kan..but why not kita simpan haritage kita sendiri?? Mat Salleh pun datang Malaysia ambik gambo kenangan pakai baju kawen ala² melayu.
Apa2 pun, tahniah buat kak Ning Baizura yang berjaya mengzahirkan pernikahan berkonsepkan kemelayuan.. Aku tabik spring la kat Kak Ning... siap makan bersimpuh lagi...
Bukan ler nak membebel panjang²..jgn sampai anak cucu kita lupa adat dan budaya kita. Aku ni nak kawen pun dah mule mencari source adat² budaya kemelayuan sebab family aku pong tak mahir adat² kemelayuan nih.. hurm.... bila aku dah rase susah cmni..sebab tu aku ade timbul sedikit kesedaran.. supaya kita yang melayu² ni tak yah la wannabe sgt jadik matsaleh... takde pak'edah pong..

:p

Wednesday, December 31, 2008

New Year 2009 !

Jumaat
2 Jan 2009 = 5 Muharam

Pejam celik, pejam celik... dah masuk tahun 2009. Bermakna ..tahun ni aku dah 28tahun. Hiks..hiks..hiks.. Cam tak ready jer aku nak menempuh dunia tua nih.
2008 aku tinggalkan dengan 1001 kenangan yang mengusik jiwa.Ada yang suka, ada yang duka. Insya'lah. akan aku jadikan sebagai pedoman dan pengajaran di masa­­2 hadapan aku.Yang pastinya, Cinta aku masih setia bersama aku memberikan semangat. Dan kini, aku mulai percaya kewujudan cinta itu. Bukan mudah untuk aku mengharungi segala tohmah dan ujian2 dari Allah ini, tetapi alhamdulillah..kekuatan yang diberikanNYA membuatkan aku berjaya mengharunginya dengan penuh kesyukuran.